Friday, February 14, 2014

Hidup Sebenar.

Lena hidup ibarat tak mahu sedar,
Menanti di depan amaran besar,
hati hanya mahukan apa yang benar,
hidup menjadi diri,
Diri sebenar.

Minta Tuhan, tolong lah tolong lah,
Kalau ini takdir, tolong lah redha kan,
Tak tahan cemuh kecam,
Bukan lagi hinaan keluarga,
Yang masih terpendam tunggu masa datang.

Yang di luar mintalah faham,
Yang terjadi bukan lah pilihan,
Bukan ini mintaku dariNya,
Biarlah jadi hamba yang benar,
Jadi teladan dan kebanggaan.

Menongkah halangan, benci sekitar,
Nak hidup bebas tanpa jelingan cela,
Nak jaga perasaan, hati semua,
Birlah aku yang sengsara,
Senngsara yang dirasa ditelan diam diam.




No comments: